BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, January 1, 2011

Pencuri  Iman











p/s: semoga kita menjadi asbab bertambahnya iman insan lain bukan asbab berkurangnya iman mereka.insyaallah.

-ainulhayyat- :-)

aku masih meniti

20 tahun sudah berlalu meninggalkan ku
Apakah yg tlh ku lakukan sepanjang usia itu?
Subhanallah!
Begitu cepat masa berlalu
Hati ku resah
Cukupkah bekalan ku ?
Usia berlalu bagaikan tiupan angin
Terasa damai didalamnya
Namun , bila ia berlalu pergi
Baru lah aku tersedar
Terasa diri kerdil dan hina
Membiarkan usia itu pergi
Tanpa ku pasti
Cukupkah bekalan ku
Dosa – dosa semalam masih lagi menghantui
Amal pula tidak seberapa
Ya allah, sungguh aku amat malu!
Aku malu pada diri
Malu pada Mu ya Allah
Di usia yg baru menjengukku
Aku terasa makin hampir dengan janjiMu
janjiMu tentang kematian
aku terasa hidup dalam kematian
aku benar gelisah
memikirkan amalanku
tiap kali bgun dari lena
diri ini sentiasa mengucapkan syukur
kerna masih diberikan peluang
untuk terus beribadat pdMu
sungguh aku terasa tiada daya
hidup mati semuanya ketentuanMu
aku hanyalah mahu menjadi abdulMu yg sejati
wahai penciptaku,
andai diri ini tekun menuntut ilmu
hingga lalai dari mengingatiMu
ampunkanlah diri ku
andai diriku mencintai dunia
hingga lupa cinta Mu
ampunkanlah aku ya rahman
andai diri ini terpesona dgn makhluk ciptaanMu
hingga lupa indah lagi Sang Penciptanya
ampunkan aku jua
andai aku memperoleh sebuah kejayaan
lantas merasa riak dan takabbur
kau ampunkanlah diriku ya allah
aku mohon padaMu ya Allah
pisahkanlah aku dgn dunia
kerna aku takut terpesona dgn isinya
ya allah, pisahkanlah aku dari cinta manusia
andai cinta itu makin menjauhkan ku dariMu
kerna aku paling takut dicintai manusia
lalu merasa damai dgnnya
hidup gmbira dlm angan
tanpa memikirkan bekalan akhiratku
padahal aku akan menuju ke sebuah kg abadi
tempat tinggal yg akan kekal selamanya
aku mahu dicintai dan mencintai
namun aku benar takut
aku takut akan lupa pdMu
mana mungkin aku dpt mencintai insan lain
andai diriku belum mencintai diri
dan juga masih meniti
dalam mencari cintaMu
namun,jika kau takdirkan
kami saling mencintai
kau letakkanlah kami dalam cintaMu
agar kami saling mencintai kernaMu
bantulah aku dalam meniti kehidupan ini
aku masih muda dalam meniti cintaMu
akan tetapi telah tua dalam meniti usia hidup
di usia baru ini,
aku mohon padamu ya Allah
kau tetapkanlah aku dalam agamaMu dan lindunganMu
kau tetapkan hati ku untuk mencintai Mu
kau tetapkanlah hatiku utk menjadi mukminah sejati
kuatkanlah aku dalam meniti alam pengajian ini
kerna aku benar mahu menjadi doktor yang mukminah
semoga aku dapat berbakti pd agama dan masyarakat

izinkanlah aku untuk mendapat keampunanMu
izinkanlah jua diri ini memperoleh cintaMu
izinkanlah aku bersamuMu ya Allah
duhai tuhanku,
aku benar2 berasa bahagia
bila merasa diri ini bertuhan
bertuhankanMu 

kerna Ana hanyalah Abdullah
abdul yang merindukan Rabbnya

Ana uhhibuka ya Rabb.
 -ainulhayyat-