BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, January 19, 2013

jOm bErpOsItIf =)



assalamu'alaikum.

post ni adalah cebisan kata-kata dari Prof Dr Muhaya.totally sebagai nasihat buat DIRIKU dan juga sahabat supaya lebih matang dan positif ketika ada masalah.














kehidupan kita selalu diselubungi masalah.cuba tanya siapa yang tidak pernah ada masalah.semua orang akan bergelumang dengan masalah. 
semua orang akan menghadapi masalah cuma bezanya cara kita menanganinya.  kita boleh pilih. perlu REACT OR RESPONSE? terhadap masalah yang timbul. 
kalau kita REACT kita akan sangat beremosi.EMOSI.kita akan terganggu dek perangai orang.

kalau orang marah kita, buat tak elok pada kita..dia marah kita berapa minit? mungkin 10 minit.. TAPI..KITA ADA 50 TAHUN lagi UNTUK HIDUP..InsyaAllah


tapi,disebabkan orang marah kita selama 15 minit. tu,imej yang dia buat tu, perangai, sakit hati dan sangkaan kita tu..kita simpan dan simpan..bina dan baja biar tumbuh. kita tak bunuh dari awal..kita lupakannya dan memaafkannya..maka ia akan jadi besar.

tapi kalau kita react pada apa yang orang buat pada kita,sebenarnya kita beri nyawa kita pada orang. Sepatutnya hidup Allah beri untuk kita gembira,

taat,syukur dan buat ibadah..tapi aktiviti yang sepatutnya yang baik yang kita perlu buat ini dikotorkan oleh nak marah pada orang.

Orang yang buat salah dgn kita tu, bukan di depan kita dh. dah ditempat lain. berseronok dgn kehidupan dia dah tapi kita kat sini masih sakit hati . Cerdik tak orang macam nie?.Orang macam ni.,sebenarnya dah bocorkan nyawa nya pada orang lain.


kita mesti terima hakikat MEMANG ADA MASALAH.tetapi apa yang kita buat bila ada masalah. adakah kita nak merana atau belajar.Bila orang buat tak elok kat kita,kita sepatutnya cakap.."owh..dia buat tak elok kat aku. sakit hti aku.aku tanak buat macam dia lah.aku tak nak sakitkan hati org."

guna kelebihan. " kenapa dia buat macam tu? Owh..keluarga dia macam tu.keluarga saya baik. jadi saya nak teruskan baik lah"..kita guna suasana untuk jadi batu loncatan.Guna hal yang negatif untuk melompat lebih tinggi.setiap masalh akan jadi batu loncatan bukan obstacle.


tips memantapkan diri..

1. berfikiran terbuka dan berserah pada Allah.bergantung hanya pada Allah.
2. capai kemahuan
3. kita tidak boleh beri apa yang kita tiada. kita tidak dpt beri kasih syg kalau kita tidak penyayang. tidak syg pada diri sendiri.masakan dapat beri kasih syg pd org?
4. perhati diri.muhasabah diri
5. lupakan peristiwa lampau. 
6. setiap masalah yg ada ,tdk dpt diselesaikan dgn fikiran yg sma ketika masalh itu. ubah cara berfikiran.
7. buang segala kebencian 
8.bertindak spt org yg sudah berjaya
9. hargai diri kita sbg hamba ciptaan Allah yang paling tinnggi. muliakan diri. setiap kali buat maksiat,kita sednag hina diri sendiri
10. keupayaan untuk mengelakkan pemikiran yang melemahkan kita. perkataan melambangkan nilai diri.

Jadi...            
Jom kita berpositiif..kalau kita nak tenang dan bahagia,kita kena beri ketenangan pada orang. kalau kita nak bahagia, beri kebahagian pada orang.

lupakan. maafkan. biarkan masalah tu berlalu. jangan biar masalah tu tergantung pada kita.

 sentiasa berserah pada Allah.jangan bergantung pada apa-apa kecuali Allah. kalau kita bergantung pada org,org kan mati. semangat kita kan mati bersama-sama. tapi,kalau kita bergantung pada Allah semangat kita akan kekal biarpun kita sudah tiada.



jom kita perbaiki diri =)

-special post-ainulhayyat.=p