ketika aku mengeluh nasib
kau mengajarku erti syukur
ketika aku merintih hal dunia
kau datang menenangkanku
ketika aku gundah
kau hadiahkan sekuntum senyuman
ketika aku ketawa
kau tersenyum riang
ketika aku menangis
kau pujuk hatiku
ketika aku keseorangan
kau sudi menemani
ketika aku dahagakan nasihat
kau menyusun baris teguran
sahabatku,
kita bertemu
bukanlah kerana janji
apalagi ikatan
kita bertemu
hanyalah kerana takdir
dek kerana segulung kertas
kita dipertemukan oleh Nya
bersama jihad di medan ilmu
pahit getirnya
kita rasa bersama
melangkah tak kenal jemu
walau kadangkala
langkah mu longlai dan
keyakinanmu seakan pudar
namun
percayalah
dirimu amat utuh, sahabatku
jiwamu kental
semangatmu sentiasa membara
aku mengagumi dirimu sahabatku
kau seorang yg tabah
kau juga sentiasa disisi ku
walau diri ini banyak kekurangan
kau jualah yg mendekatkan aku dgn Sang Pencipta
ketahuilah sahabatku
aku amat hargai saat kita bersama
pahit manis bersama
akan ku semat di ruang hati dan ingatanku
sahabatku
andai diri ini pernah mguris hatimu
maafkanlah diri ini
sesungguhnya
aku hanyalah insan yg tak lepas dari dosa
apalagi kesalahan
sahabatku
aku mengharapkan
kita sentiasa bersama
dalam memperjuangkan ilmu
dan demi menegakkan Ad-Deen
andai ini kerlipan terakhirku
ketahuilah
sesungguhnya
kau lah
sahabat dunia akhirat ku
insyallah
-ainulhayyat-
-ainulhayyat-
coretan ini didedikasi kpd semua sahabiah dan oc-falah
juga dedikasi khas buat sahabat baikku,
Wan Nuruliyana Wan Ahmad
2 comments:
sesungguhnya mengenali seseorang e2 mampu memberi seribu rasa..
namun ak sedar kehadiran mu adlh satu ANUGERAH..
kehadiran mu mengajar ku ap ertinya persaudaraan,peribadi mu byk menyedarkan ku,nasihat mu sgt membantu ku,tutur kata mu amt menyenangkan ku..
dirimu jauh lbh baik dari ku...
sahabat,
kita bertemu krn takdir..
bkn mudah utk kita berkawan,bkn mudah untk kita kekalkan,bkn mudah hingga sekarang..
rasa syukur ku panjatkan pd ILAHI..
kerana menemukan ku seorang sahabat sejati..
sahabat yg mana,
apabila dilihat wajahnya teringat akn ALLAH,mendengar kata nya iman bertambah dan bila mendampingi nya tenang dirasa..
aku mengamati semua sahabat,dan ak tak menemukan sahabat sebaik dirimu..
biar renggang di fana dunia,biar hina di mata manusia,biar harta semakin tiada,biar jauh kedudukan kita,
jgn tergadai silaturrahim kita...
saranghae..^_^
specially dedicated to my beloved fwen...~wan ayuni nazimuddin~
lot of l0ve..
SAHABAT mu
slm sesucuci Kauthar.
Terima kasih atas segalanya. Moga Allah rahmati ukhwah ini. Agar syahid menjadi milik bersama.
Sayang fillah abadan abada.
Takbir!
LIYANA AHMAD
Post a Comment