BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, June 16, 2011



kelebihan ilmu feqah


Abu Ibrahim Al Muzanni ra berkata: Suatu hari aku duduk di sisi Imam As Syafie, lalu aku bertanya tentang satu masalah dalam ilmu kalam. Lalu beliau mendengar soalanku dengan teliti kemudian melihat kepada aku, barulah beliau menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang sangat padat dan bernas, apabila selesai penerangannya lalu beliau berkata kepadaku: “Wahai anak, mahukah kamu aku tunjukkan akan sesuatu yang lebih baik dari persoalan tadi?”. “Sudah pasti mahu Wahai Guru!”. Lalu beliau berkata: “Wahai anak, ilmu ini (ilmu kalam) jika engkau betul berijtihad dalamnya maka engkau tidak diganjari pahala, jika silap maka kamu akan terjatuh dalam kekufuran. Mahukah aku beritahu suatu ilmu jika engkau betul maka akan diberi pahala dan jika engkau silap tidak akan berdosa”. “Apakah ilmu tersebut wahai tuan?” Aku bertanya. “Ilmu Fiqh”. Maka aku belajar darinya ilmu Fiqh sehingga aku mampu mengajarnya pula.


p/s: artikel ini di copy dari blog seorang hamba Allah.saya tak arif dlm ilmu ini jadi harap ditegur jika ada silap. barakallahufik.